Kilang Pengeluar Vaksin Di India Terbakar

- Advertisement -

MUMBAI – Satu kejadian kebakaran berlaku hari ini di Institut Serum India yang merupakan pengeluar vaksin terbesar dunia.

Bagaimanapun, satu sumber menyatakan bahawa pengeluaran vaksin koronavirus tidak terjejas.

Beberapa stesen penyiaran tempatan memaparkan asap tebal berwarna kelabu keluar dari bangunan itu di bandar Pune, negeri Maharashtra di India.

Institut Serum masih meneruskan pengeluaran berjuta-juta dos vaksin koronavirus Covishield yang dibangunkan oleh firma farmaseutikal, AstraZeneca dan Universiti Oxford.

“Ia (kebakaran) tidak akan menjejaskan pengeluaran vaksin Covid-19,” kata sumber di Institut Serum dengan menyatakan kebakaran cuma berlaku di kilang baharu yang masih dalam pembinaan.

Seorang pegawai di jabatan bomba tempatan menyatakan sebanyak enam hingga tujuh jentera dikerah ke lokasi kebakaran.

“Kami tiada maklumat lain berhubung tahap kebakaran atau ada mangsa terperangkap di situ,” kata pegawai itu.

Pada Januari lalu, badan pengelola India meluluskan penggunaan dua vaksin iaitu Covishield yang dihasilkan Institut Serum dan Covaxin, buatan firma tempatan Bharat Biotech.

India memulakan program pemvaksinan terbesar dunia pada Sabtu lalu, dengan harapan memberi suntikan vaksin kepada 300 juta rakyatnya menjelang bulan Julai ini, menggunakan vaksin Covishield dan Covaxin.

Banyak negara lain masih bergantung kepada Institut Serum untuk mendapatkan bekalan vaksin koronavirus.

India mengeksport bekalan pertama vaksin semalam ke Bhutan dan Kepulauan Maldives dan diikuti dua juta dos ke Bangladesh. Nepal pula menerima kiriman satu juta dos.

Negara itu bercadang menawarkan 20 juta dos kepada negara-negara jiran di Asia Selatan diikuti Amerika Latin, Afrika dan Asia Tengah. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat