Hantar Surat Bukan Tindakan Ingkar, Hanya Minta Dikaji Semula – Ahmad Jazlan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaakub menyifatkan tindakan Ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat bukan satu tindakan ingkar.

Sebaliknya menurut beliau, ia menjadi hak ahli parlimen untuk meminta dan merayu proklamasi tersebut dikaji semula.

Ujarnya lagi, apa yang dipersoalkan bukanlah titah Seri Paduka Baginda itu sendiri tetapi nasihat yang diberi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Baginda yang membawa kepada titah tersebut.

“Mereka berhak, kepada Ahli-Ahli Parlimen yang ingin mengemukakan surat Ke Bawah Duli Tuanku, barangkali nmereka berfikir mereka mempunyai hak yang mereka perlu zahirkan di dalam negara demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan seperti ini.

“Tidak perlu kita perbesarkan isu-isu seperti ini kerana ia menimbulkan pelbagai tanggapan. Ada yang menganggap positif dan ada yang menganggapnya negatif.

“Jika kita menganggap dari segi negatif, sudah tentulah seolah-olah dilihat kita ingkar ke kepada titah Ke Bawah Duli Tuanku,” katanya.

Jazlan bagaimanapun berkata, satu aspek positif proklamasi darurat adalah ia membantu usaha kerajaan membendung penularan Covid-19.

Pada Rabu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti Ahli Parlimen sudah mengutus surat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda untuk menggugurkan proklamasi darurat.

Jelasnya, surat itu bukan bertujuan membantah sebaliknya merayu ihsan serta kebijaksanaan Baginda bagi mengkaji semula alasan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat