Telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia menerima pujian meluas rakyat Malaysia termasuk peneraju industri dan pakar teknologi
KUALA LUMPUR, 20 Disember 2024 – HONOR dengan bangganya mengumumkan HONOR Magic V3 telah mendapat tempat dalam senarai Ciptaan Terbaik 2024 yang berprestij oleh media antarabangsa terkemuka, TIME. Dengan pengiktirafan yang diperolehi daripada peneraju industri, rakyat Malaysia dan pakar teknologi, HONOR Magic V3 mentakrif semula kategori telefon boleh lipat dengan gabungan luar biasa yang merangkumi rekaan canggih, kefungsian lancar, dan ketahanan tiada tandingan.
HONOR Magic V3 Menerima Pujian Daripada Peneraju Industri
Terkenal dengan rekaan yang moden dan ultra nipis, HONOR Magic V3 telah menarik perhatian pengendali teknologi terkemuka dunia, antaranya CNN, Android Authority, Gadget Match, dan Tech Radar. Dengan ketebalan 9.2mm apabila dilipat dan seberat hanya 226g, HONOR Magic V3 berhak dinobatkan sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan dalam pasaran. HONOR Magic V3 turut menawarkan pengalaman pengguna yang transformatif. Apabila lipatan dibuka, paparan luasnya menjadi platform untuk multitugas secara lancar, menjadikannya peranti sempurna untuk pengguna bekerja dan bersantai.
“Sekali lagi, HONOR telah mencetus magis menerusi Magic V3 dengan mempersembahkan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan dalam pasaran,” menurut Android Authority. Sentimen ini disokong oleh Tom’s Guide, yang memberi tumpuan kepada keupayaan prestasi tinggi dan rekaan moden HONOR Magic V3 berbanding telefon boleh lipat tradisional. Dengan menawarkan keseimbangan mudah alih dan inovasi, peranti ini memberikan pengalaman pengguna yang versatil dan premium yang memudahkan peralihan antara mod skrin kompak dan luas dengan lancar.
Pandangan Pengguna Sebenar – Mengapa Ramai Terpesona Dengan HONOR Magic V3
Beberapa penguji beta HONOR Magic V3 turut berkongsi pengalaman mereka mereka selepas meggunakan peranti ini. “Ia amat nipis dan ringan, menjadikannya mesra poket dan mudah dipegang,” kata Ian Thang Cheok Hung yang kagum dengan kekukuhan peranti tersebut selepas ia beberapa kali terjatuh tanpa sarung, sekaligus membuktikan ketahanan HONOR Magic V3 dalam situasi harian.
Selain itu, ciri-ciri keselesaan mata HONOR Magic V3 telah menerima pujian daripada pengguna yang kecenderungan mata penat atau mabuk pergerakan. Penguji beta Lim Kok Wei berkata, “Saya tidak pernah mengalami keletihan mata semasa menggunakan HONOR Magic V3 dalam masa yang panjang, walaupun saya mudah mengalami mabuk pergerakan.” Inovasi ini memberikan keselesaan visual yang lama, menjadikan HONOR Magic V3 sangat sesuai untuk kegunaan dalam tempoh yang panjang.
HONOR Magic V3 turut menonjol dengan perkakasan yang praktikal bagi golongan profesional. Salah seorang pengguji beta, Dzulmajdi Mohamed Zom memberi pujian kepada ciri penyalinan rakaman suaran yang boleh menterjemah rakaman ke dalam teks Bahasa Malaysia secara automatik. “Peranti ini perkakas yang amat bernilai untuk tugasan saya, terutamanya semasa mesyuarat dan persidangan. Ia menjadikan catatan nota lebih cekap dan lancer,” katanya.
Ketahanan HONOR Magic V3 dalam situasi sebenar juga menjadi perhatian, seperti dilalui oleh Naveena Jeevan Kumar: “Bayi saya mengambil telefon itu, menggigit dan menutupnya dengan kasar tetapi ia masih berfungsi dengan baik!”
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao menzahirkan kebanggaan jenama atas pengiktirafan ini: “Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan kepada HONOR Magic V3 sebagai antara Ciptaan Terbaik TIME bagi 2024, menandakan dedikasi kami terhadap inovasi dan kualiti. HONOR Magic V3 mewakili langlah seterusnya dalam evolusi telefon boleh lipat, menggabungkan rekaan mengagumkan dengan kefungsian luar biasa.” Menerusi rekaan mengagumkan, prestasi hebat, dan ciri-ciri praktikal, HONOR Magic V3 terus melangkaui sempadan teknologi mudah alih, menetapkan tanda aras untuk peranti boleh lipat pada 2024 dan akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.