Dakwaan Bersatu bolot jawatan penting cuma propaganda, tiada pergolakan serius pun dalam PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak perlu terperangkap dengan naratif dimainkan pihak lawan kononnya berlaku pergolakan serius dalam gabungan politik itu susulan peletakan jawatan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung PN, baru-baru ini.

Ketua Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris berkata, naratif tersebut adalah satu propaganda yang cuba dimainkan untuk meleraikan kerjasama utuh parti komponen dalam PN.

“Meskipun punca peletakan jawatan Menteri Besar Terengganu itu sebagai Bendahari Agung PN masih tidak diketahui dengan jelas, sudah pasti pemimpin tertinggi PN ada jalan penyelesaian terbaik untuk apa sahaja isu yang timbul sekiranya ada.

“Berhubung jawatan pen­ting dalam PN pula, tentulah ia dibincangkan oleh pemimpin atasan dengan mengambil kira Bersatu dan Pas adalah dua parti yang mengasaskan PN dan menjadi tiang serinya,” lapor Utusan di Terengganu.

Menurut Razali, peletakan jawatan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu tidak menjejaskan hubungan PN dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

“Kami seramai lima wakil rakyat Bersatu di Terengganu sentiasa diberi ruang dan terlibat dalam apa sahaja perbincangan yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Selagi mana kita boleh bersama-sama uruskan kerajaan negeri di Terengganu, Insya-Allah tiada masalah besar yang timbul,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat