Isu Laut China Selatan akan diselesai secara damai elak rumitkan situasi -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Malaysia akan menangani isu Laut China Selatan dengan cara damai dan rasional bersandar prinsip undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengulangi pendirian Malaysia bahawa ia harus diselesaikan dengan cara-cara damai dan rasional melalui dialog dan konsultasi berterusan.

“Mesej saya mewakili Malaysia itu jelas disampaikan apakala Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun sementelahan ASEAN memiliki mekanisme yang unik dalam mempertemukan pihak-pihak yang terkait untuk berdialog dan bekerja sama serta mendorong persaingan yang sihat,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian melihat sensitiviti dan kompleksitti isu Laut China Selatan.

“Malaysia dengan tegas dan komited kepada penyelesaian aman konflik yang diiktiraf secara universal mengikut prinsip undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982.

“Kami yakin bahawa pihak-pihak yang terlibat perlu menunjukkan kesabaran dalam menjalankan aktiviti mengelakkan tindakan yang merumitkan lagi situasi,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat