Pengakuan bersalah penghendap ditolak, mahkamah mahu perbicaraan penuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menolak pengakuan bersalah seorang bekas pereka sambilan atas tuduhan menghendap jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang kali melalui aplikasi X.

Susulan itu, Majistret Sasha Diana Sabtu, menetapkan 17 Januari depan untuk perbicaraan kes membabitkan Mohamad Safiq Rosli, 37, yang turut menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan pihak pendakwaan yang berhujah bahawa pengakuan itu bersyarat.

“Saya tidak menerima pengakuan bersalah tertuduh dan teruskan dengan perbicaraan.

“Perbicaraan itu akan ada tiga saksi pendakwaan disertakan dengan penyataan saksi,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, menyatakan hasrat untuk meneruskan kes itu dengan perbicaraan, walaupun lelaki terbabit sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang disifatkan bersyarat.

Katanya, laporan psikiatri membuktikan tertuduh tidak waras ketika melakukan kesalahan itu, namun ia tidak mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

“Tertuduh perlu memenuhi faktor kewarasan mengikut undang-undang dan kewarasan dalam laporan perubatan untuk digunakan dalam pengakuan bersalah.

“Laporan perubatan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta hanya pemeriksaan kesihatan mengenai kewarasan, pemeriksaan kewarasan ikut undang-undang tidak terjawab.

“Satu-satunya cara untuk membuktikan kewarasan ikut undang-undang adalah dengan perbicaraan penuh,” katanya.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Fithril Hakim Ab Jalil, berkata keadilan tidak ditegakkan jika anak guam dikekalkan dalam penjara susulan keadaan mentalnya.

Beliau memohon mahkamah menggunakan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah untuk membebaskan seseorang atas pertuduhan di mahkamah atas alasan gangguan mental, sebelum mengarahkannya ditahan di hospital mental mengikut tempoh diperkenan Sultan Selangor, lapor BH.

“Pihak pendakwaan tahu mengenai keadaan mental tertuduh ketika menyatakan kes ini perlu dibawa untuk perbicaraan.

“Anak guam akan terus berada dalam penjara dan tiada keadilan untuknya jika kekal di situ,” katanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan akaun X ‘@sopert99’ secara berulang mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, dengan menghantar komunikasi kepada akaun X ‘@ShaFoShizzle’ yang dibaca di sebuah rumah di Shah Alam.

Tertuduh sepatutnya tahu bahawa gangguan dilakukan jam 1.40 pagi pada 15 Julai hingga 5.58 petang 21 Julai lalu itu boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 507A (3) kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.

Polis menerima laporan berhubung kes terbabit pada 2018 di mana mangsa didakwa mula diganggu sejak 2016 melalui komen di halaman blognya, sebelum mula dihendap sejak 2017, malah pernah diekori ke sebuah restoran makanan segera dan rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat