Mechamato Movie kutip RM18.3 juta walaupun bersaing dengan Avatar

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Walaupun bersaing dengan filem Avatar : The Way Of Water (Avatar), Mechamato Movie berjaya mencatat kutipan RM18.3 juta selepas 11 hari ditayangkan dan berada dalam Top 10 carta pecah panggung.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta yang juga pengarah dan penulis filem animasi itu, Nizam Abdul Razak berkata, pihaknya akur apabila tempoh tayangan kedua filem itu bertembung.

“Tiada siapa yang nak buat kerja gila lawan Avatar. Kami sudah jangka Avatar akan mendominasi carta box office global termasuk Malaysia. Memang semua filem di dunia elak bertembung dengan Avatar kecuali ‘filem gila’ dari Malaysia, Mechamato Movie.

“Permohonan di bawah Skim Wajib Tayang Mechamato Movie pada asalnya adalah untuk tarikh 1 Disember iaitu dua minggu sebelum tayangan Avatar, tetapi awal-awal lagi sudah penuh. Hanya tinggal slot 8 Disember, iaitu seminggu sebelum Avatar.

“Tiada pilihan lain, kami akur saja dan ambil positif dalam perkara ini. Untuk ke pasaran negara lain, filem kami tidak akan dapat sebarang perlindungan. Mungkin ini adalah cara melatih kami untuk berfikiran global dan bersaing menggunakan strategi perniagaan.

“Tersenarai dalam Top 10 global box office kali ini mungkin menjadi titik permulaan untuk sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang. Insya-Allah,” katanya.

Nizam bersyukur kerana Mechamato Movie tetap jadi pilihan dan terus ditonton sepanjang tempoh cuti persekolahan ini.

“Alhamdulillah. Kami sangat berterima kasih pada semua 1.28 juta penonton yang sudah menonton Mechamato Movie. Kami percaya masih ramai yang mahu menonton Mechamato Movie tetapi masih menunggu gaji untuk masuk pada minggu ini dan minggu hadapan. Jom tonton Mechamato Movie! Masih berbaki lagi 14 hari cuti sekolah!” katanya.

Terdahulu, Nizam ada berkongsi kegusarannya terhadap nasib kutipan Mechamato Movie di panggung wayang selepas filem itu tidak mendapat slot tayangan pada waktu malam.

“Tayangan Mechamato Movie tiada waktu malam. Hanya Avatar saja yang ada. Memang banyak tayangan untuk Avatar.

“Saya berharap filem tempatan diberikan peluang. Bukan tiada permintaan. Kami hanya perlu diberi peluang sama rata untuk bersaing,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat