PH Temui PM Bincang Usaha, Status Bantuan Mangsa Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat hari ini bagi membincangkan usaha dan status bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua mangsa dan keluarga terjejas akibat musibah banjir ini mesti mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sebaik sahaja Dewan Rakyat ditangguhkan sebentar tadi, saya bersama pimpinan lain bertemu Perdana Menteri bagi bincang usaha serta status bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Semua mangsa dan keluarga yang terjejas dari musibah ini mesti mendapat pembelaan sewajarnya,” kata Ketua Pembangkang itu pada Isnin.

Kelihatan bersama Anwar, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pun begitu, dalam perkembangan sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kesal dengan sikap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang enggan membenarkan perbahasan tergempar isu banjir di Parlimen.

“Saya kesal keputusan Speaker tak benarkan perbahasan bencana #DaruratBanjir di Dwan Rakyat, atas alasan teknikal dengan mengatakan ia bukan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

“With due respect, Tan Sri, of course banjir itu tak ada dalam aturan! Kita nak bahas hanya Dewan, rumah Speaker banjir? tegas Fahmi.

Beliau juga memberitahu, Speaker tetap enggan membahaskan isu banjir meskipun pembangkang dan penyokong kerajaan mahu penjelasan daripada kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat