Pakar ekonomi cadang lapan agenda perubahan pasca-krisis COVID-19 kepada PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima dokumen laporan kumpulan pakar ekonomi yang bernaung di bawah Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) untuk memacu transformasi ekonomi negara pasca-krisis COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Eksekutif Sekretariat EAC Prof Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali telah menyerahkan dokumen yang tersebut kepada Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada Isnin.

Menurut Noor Azlan, sekumpulan pakar ekonomi yang diketuai oleh beliau telah menggariskan lapan agenda perubahan dalam dokumen Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape, untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Katanya, ia sebagai teras strategik untuk memacu transformasi ekonomi negara bertepatan dengan lanskap ekonomi baharu pasca-krisis COVID-19.

“Ia merangkumi aspek pendigitalan ekonomi, aplikasi teknologi termaju, penyusunan strategi globalisasi, pengukuhan tanggungjawab bersama, tadbir urus dan kelestarian, penyediaan bakat, pemerkasaan perkhidmatan awam dan pasaran yang adil dan kompetitif, menangani kerentanan dan transformasi korporat.

“Dokumen tersebut adalah laporan hasil kajian dari sesi libat urus dan bengkel intensif bersama kementerian dan agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik serta pemegang taruh daripada pelbagai industri dan institusi yang telah diadakan dalam sejak tahun lepas.

“Pendekatan ini di ambil bagi memastikan cadangan yang konklusif dan menyeluruh dibuat berasaskan pengalaman, pemerhatian dan pandangan semua pihak, khususnya susulan dari krisis ekonomi akibat dari pandemik Covid-19. Cadangan perubahan tertumpu kepada aspek struktur yang diperlukan untuk Malaysia terus cemerlang selaras dengan lanskap ekonomi baharu,” kata Noor Azlan.

Dokumen berjumlah 143 muka surat tersebut turut menyenaraikan 30 fokus utama dan 153 inisiatif perubahan yang disyorkan oleh Sekretariat EAC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat