PAS kerah semua ahli bantu, kutip derma buat mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS mengerah semua anggota peringkat negeri, kawasan dan cawangan segera membantu mangsa banjir di kawasan setempat, berhampiran atau mana-mana kawasan terjejas.

Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“PAS turut berdukacita dengan kejadian bencana banjir berskala besar yang berlaku di hampir seluruh negara beberapa hari yang lalu akibat hujan lebat.

Sehubungan itu, PAS mengarahkan semua PAS negeri, kawasan dan cawangan supaya mengambil langkah segera membantu mangsa-mangsa banjir di tempat masing-masing dan juga kawasan berhampiran mengikut mana yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, Jabatan Amal PAS dan Khidmat Malaysia PAS di arahkan menjadi Penyelaras Operasi bagi menyelaraskan kerja-kerja bantuan dan menyelamat.

“Bilik Gerakan Utama dibuka di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, manakala Negeri-negeri dan Kawasan-Kawasan bolehlah membuka Bilik Operasi di tempat masing-masing mengikut
kesesuaian.

“Di samping itu PAS negeri-negeri diarahkan melancarkan Derma Bencana Banjir dari Ahli-Ahli PAS dan orang awam untuk turut membantu pembiayaan pengurusan banjir,” kata Takiyuddin.

PAS yakin dengan digerakkan semua usaha dan bantuan daripada pertubuhanpertubuhan tanpa mengira latar belakang atas dasar ‘Keluarga Malaysia’ akan dapat membantu memperkasakan lagi usaha hampir semua agensi-agensi Kerajaan yang telah turun dalam menghadapi bencana yang besar pada kali ini,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat