Bawa bot sendiri, orang Malaysia ramai baik, penyayang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Setiap kali negara dilanda musibah, kita dapat lihat solidariti rakyat sungguh mengagumkan.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Muhsin Zaidi memberitahu, sepanjang lebuhraya PLUS dari Ipoh menuju selatan nampak banyak kereta persendirian bawa bot.

“Ada yang tarik, ada guna lori, atas bumbung kereta pun ada. Semua menuju ke arah Lembah Klang.

“Plat luar semua yang datang bawa bot. Tahniah rakyat Malaysia yang prihatin, travel jauh-jauh nak tolong mereka yang terkandas.

“Orang Malaysia ni ramai lagi yang baik-baik dan penyayang,” catat Muhsin yang mendapat 3,700 tanda suka dan 1,800 perkongsian di Facebook.

Manakala akaun dengan nama Roy Razman meninggalkan komen di hantaran itu.

“Kami bantu sebab dulu masa kami di utara kena musibah banyak yang datang dari Lembah Klang membantu dan memberi sumbangan.

“Kali kami nak balas jasa anda semua. Biar jasa jadi kenangan,” katanya.

Hantaran itu juga mendapat pujian dan penghargaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tersentuh hati saya bila membaca kiriman ini.
Inilah semangat kita. Saling bantu membantu. Kita tak lupa pada mereka yang pernah membantu dan kini giliran mereka untuk turun, tanpa perlu disuruh, tak perlu dipaksa.

“Sebenarnya, pada setiap bencana di negara ini, kita akan dapat lihat betapa rakyat Malaysia akan berganding bahu tanpa kira agama dan bangsa untuk bantu pelbagai agensi penyelamat.

“Dengan kehadiran sukarelawan seperti ini, kita bukan menidakkan kerja keras anggota-anggota penyelamat tetapi ia akan mengurangkan beban, sekaligus kita dapat menyegerakan kerja memindahkan mangsa banjir.

“Kepada semua sukarelawan yang turun tanpa disuruh, datang tanpa menunggu untuk membantu, saya ucap terima kasih dan saya tabik semangat anda semua,” kata Najib.

Apapun, ujarnya ketika tiba di kawasan yang terjejas, pastikan kita koordinasi dengan agensi penyelamat dan pastikan turut jaga keselamatan diri anda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat