Menantu PM sewa helikopter komersial, bukan guna aset kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen tersohor, Datuk Jovian Mandagie yang juga menantu Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan di media sosial kononnya beliau memanfaatkan helikopter milik kerajaan ketika terkandas akibat banjir.

Jovian sebaliknya memberitahu, beliau menggunakan khidmat helikopter komersial yang disewa sendiri dan bukannya aset kerajaan seperti didakwa.

“Isu helikopter tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD sakan. Sesiapa yang mengenali saya tahu saya bukan orang begitu.

“Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. Kamu semua nak maki saya silakan, tapi ini adalah fitnah.

“Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turun-turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” katanya pada hantaran di Instagram.

Hnataran ini susulan tuduhan di media sosial yang mendakwa Jovian mendapat akses bantuan mudah kerana status hubungan peribadinya sebagai ahli keluarga Perdana Menteri.

Pun begitu, dalam hantaran berikutnya, ada beberapa pengikutnya meninggalkan komen bahawa Jovian memang sudah kaya meskipun sebelum bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan setakat untuk sewa helikopter beliau memang mampu.

Jovian juga menasihatkan pihak yang tidak senang dengan dirinya supaya tidak mengikuti perkembangannya di media sosial dan membantu negara yang sedang dilanda musibah.

“Tolonglah buat perkara yang lebih baik lagi untuk negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul mengenai saya.

“Terdapat banyak lagi banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membantu rakyat di luar sana.

“Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya,” jelasnya. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat