Mangsa Kebakaran Dapat Rumah Baru, Bantuan Kewangan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Musibah kebakaran yang menimpa lapan keluarga di Flat Sri Johor, Cheras malam tadi bakal menerima rumah baru yang akan disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memaklumkan penghuni flat yang terbabit kebakaran itu juga
akan menerima bantuan kewangan RM1,000 setiap keluarga.

“Seperti yang saya umumkan di Selangor pada pagi semalam mengenai bantuan kepada mangsa bencana, kebakaran juga bencana.

“Jadi, kita akan memberikan juga RM1,000 untuk setiap mereka yang terlibat, yang jadi mangsa kebakaran.

“Ada lapan unit semuanya yang terlibat dengan kebakaran ini. Tingkat empat ia terlibat dan ketiga (tingkat) tidak ada kebakaran.

“Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Shahidan Kassim) dan Datuk Bandar (Datuk Mahadi Che Ngah) akan menyediakan rumah yang baharu untuk mereka pindah,” katanya pada sidang media selepas meninjau kebakaran di Flat Sri Johor malam tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Kredit foto: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat