KPLB Santuni Mangsa Banjir Di Bangi Lama

- Advertisement -

KAJANG: Penduduk Kampung Bangi Lama menerima sumbangan kit makanan dan peralatan kebersihan bernilai RM100 untuk setiap keluarga daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kit berkenaan antara bantuan segera yang disalurkan oleh KPLB kepada penduduk kategori luar bandar yang terjejas akibat bencana banjir.

“Kita amat bersimpati dengan situasi yang dialami oleh penduduk yang dilanda banjir besar di Lembah Klang tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kit berkenaan antara bantuan segera yang disalurkan oleh KPLB kepada penduduk kategori luar bandar yang terjejas akibat bencana banjir

Justeru KPLB mengambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban dengan menyalurkan bantuan segera dan bantuan selanjut akan kita beri mengikut keperluan selepas penilaian menyeluruh dilaksanakan pasca banjir ini nanti.”

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ketika meninjau situasi semasa kawasan bencana banjir di Kampung Bangi Lama di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengarah KPLB Selangor/Wilayah Persekutuan, Abdul Malik Othman.

Dalam kejadian banjir ini, sejumlah 230 keluarga di kampung berkenaan terjejas teruk.

Jelas Mahdzir, KPLB turut menggerakkan sukarelawan di bawah agensi KPLB negeri ke lokasi-lokasi banjir di seluruh negara.

KPLB juga katanya, akan membaik pulih kerosakan kemudahan insfrastruktur seperti jalan kampung dan juga ameniti sosial yang terjejas pasca banjir nanti.

“Banyak kerosakan yang akan dibaiki oleh Kementerian di kawasan seperti di Kampung Bangi Lama ini seperti jalan kampung dan longkang-longkang kecil melalui Projek Ameniti Sosial,” ujar Mahdzir.

Terdahulu beliau diberi taklimat oleh Ketua Kampung Bangi, Rasidin Md Yusoff berkenaan situasi semasa dan keadaan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat