KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
ATM dituduh lambat bertindak membantu mangsa banjir.
Hishammuddin dalam ciapan Twitternya menegaskan, ATM jenis kerja dalam diam, tak harap pujian.
“Bukan pagi ini sahaja, malah anggota Tentera Darat bertugas siang malam demi selamatkan mangsa di Sri Muda.
“Ini gambar lokasi semalam. Banyak lagi namun tidak semua diambil gambar/direkod.
“ATM jenis kerja dlm diam, tak harap pujian. Jangan tuduh melulu kata ATM lambat bertindak,” bidas Hishammuddin.

Di media sosial kerajaan dituduh tidak bertindak pantas menghulur bantuan dan menyelamatkan mangsa banjir.
Malah muncul tanda pagar #KerajaanPembunuh di Twitter.