Isteri PM Lawat Mangsa Banjir

- Advertisement -

SELANGOR: Mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor hari ini, terkejut dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang menyantuni mereka.

Muhaini dan anak sulungnya Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.

Difahamkan kedua-dua beranak itu memulakan tinjauan ke PPS sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.

Muhaini dan anak sulungnya Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka

Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri.

Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat