Kerajaan pastikan keadilan sewajarnya untuk keluarga Adib – Takiyuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan meberi jaminan akan menjalankan siasatan yang lebih adil berhubung kes inkues anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim agar tindakan sewajarnya dapat diputuskan kelak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata, setakat ini pihak Jabatan Peguam Negara masih menunggu hasil siasatan polis yang difahamkan kini di peringkat akhir, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

“Satu inkues telah dibuat di mahkamah, kemudian koroner atau hakim yang mendengar inkues membuat verdict (keputusan) bahawa punca kematian adalah kerana tindakan jenayah oleh dua orang atau lebih, yang tidak diketahui,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) Kedah di Baling, hari ini.

“Itu verdict oleh koroner, jadi menyebabkan pendakwa raya apabila hendak mendakwa seseorang, perlu mengenal pasti pembuat jenayah itu, jadi oleh kerana verdict itu mengatakan orang yang tidak diketahui maka menyebabkan tindakan pendakwaan tidak dapat dibuat.

“…saya difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara meminta pihak polis membuat siasatan lanjut dan saya difahamkan pihak polis turut mencadangkan diadakan inkues baru, tapi setakat ini tiada lagi inkues baru,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian semasa mengulas kekecewaan keluarga Muhammad Adib dengan cadangan mengadakan semula inkues kematian anggota bomba itu kerana sudah terlalu lama bersabar menunggu pembelaan terhadap arwah.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat