JAKEL SERAH BANTUAN KEPADA 10,000 KELUARGA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan JAKEL telah mengagihkan 10,000 bungkusan keperluan makanan asas kepada keluarga yang terdiri golongan asnaf sekitar Lembah Klang.

Pengarah Pemasaran JAKEL, Azlan Abu Bakar berkata, selain mengagihkan bantuan untuk keluarga asnaf, kumpulan JAKEL turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik dan terjejas akibat pandemik COVID-19.

“CSR ini adalah aktiviti tahunan kita (JAKEL). Selain diserahkan kepada penduduk sekitar Lembah Klang. Kita turut serah 5,000 kampit beras kepada penduduk yang terjejas banjir di pantai timur dan telah membantu atlet paralimpik negara dengan kerjasama OKU Sentral tempoh hari.

“Pengagihan sumbangan keperluan makanan asas adalah tanggungjawab korporat sosial dan telah menjadi aktiviti tahunan kumpulan JAKEL,” jelasnya ketika ditemui dalam penyerahan bantuan asas kepada penduduk di sekitar kampung Sungai Udang, Klang hari ini.

Menurut beliau lagi, bantuan ini bertujuan meringankan golongan yang kurang bernasib baik dan terjejas akibat pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat