Dua tokoh masyarakat penting di Merotai tunjuk sokongan kepada calon Pakatan Harapan, Ruji Ubi

KALABAKAN, –Kempen calon Pakatan Harapan bagi DUN N72 Merotai, Datuk Ruji Ubi hari ini menerima sokongan berprofil tinggi daripada dua tokoh masyarakat yang lama berpengaruh di kawasan ini, iaitu bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah, dan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Merotai, Mohammad Jalani bin Haji Chachu.

Pertemuan sarapan pagi yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin, berlangsung dalam suasana mesra dan penuh simbolik, menandakan wujudnya kesediaan kerjasama politik di akar umbi menjelang PRN Sabah.

Dalam ucapan ringkasnya, Tan Sri Liew Yun Fah menekankan kepentingan meletakkan agenda pembangunan Merotai mengatasi sentimen parti.

“Kalau ikut nafsu saya, saya pilih berlawan. Tapi kalau fikir untuk kepentingan kerja, saya pilih kerjasama,” katanya. Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa beliau menyokong pendekatan baharu yang dibawa Ruji demi memastikan Merotai keluar daripada dua penggal yang dianggap sukar dan tidak stabil.

Sementara itu, Mohammad Jalani Haji Chachu, yang sememangnya mempunyai pengaruh besar dalam jaringan pemimpin kampung dan jentera tempatan, dilihat sekali lagi menunjukkan komitmen menyokong Ruji. Beliau sebelum ini turut hadir pada hari penamaan calon bagi memberikan sokongan moral.

Datuk Seri Saifuddin dalam ucapannya memberi fokus kepada isu dokumentasi dan kad pengenalan anak-anak kampung di Merotai, satu masalah yang menurut beliau memerlukan pemimpin yang mempunyai laluan penyelesaian serta keupayaan mempengaruhi dasar.


“Ini isu mendesak. Untuk selesai, kita perlukan wakil rakyat yang faham sistem, tahu pintu mana perlu diketuk dan boleh bertindak,” katanya.

Ruji dalam reaksinya menegaskan kerjasama PH–GRS di Merotai bukan perkara asing, malah wujud kesefahaman bahawa pembangunan merentasi perbezaan politik adalah keperluan mendesak.

“Saya menghargai sokongan Tan Sri Liew dan Saudara Jalani yang sentiasa berada bersama saya. Kita mahu pembangunan yang dapat dirasai oleh kampung-kampung kita sendiri,” katanya.

Sokongan terbuka daripada dua tokoh ini dilihat menjadi petanda penting bahawa momentum politik di Merotai kini semakin memihak kepada Ruji menjelang fasa akhir kempen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat