Kami hampir pitam Bersih bagi gred D kerajaan perpaduan – Shahidan Kassim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihaknya terkejut dengan penilaian Gred D yang diberikan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terhadap kerajaan perpaduan dan meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri terbaik, sejak 2009.

“Ini satu kerajaan yang cukup bermasalah.

“Bersih yang menyokong kerajaan hari ini, Kami semua hampir pitam sebab Bersih bagi markah D kepada kerajaan perpaduan.

“Kalau anda tahu, gred D ini maknanya masih boleh bernafas tetapi dalam keadaan yang cedera, jadi kecederaan ini perlu dibuat pembaharuan serta meeta.

“Untuk dapat gred D kerajaan perlu buat sesuatu, rakyat sedang memerhati.

“Kerajaan sekarang bukan sahaja bermasalah dihadapi dalam negara hingga luar negara,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut terkejut dengan penilaian Bersih terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lebih rendah dengan hanya mencapai skor 18 dari 30% berbanding Perdana Menteri terdahulu.

“Bermula daripada Datuk Seri Najib mendapat markah 2, Tun Mahathir 4, Tan Sri Muhyiddin 3, dan Datuk Seri Ismail Sabri 5.

“PMX dapat hanya 3..ini bersih yang bagi markah bukan kami.

“Kita terkejut sepatutnya bersih bagi markah tinggi orang yang menggerakkan reformasi, tetapi sebaliknya terjadi,” katanya.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Tambah Muhammad Faisal lagi, dia berpendapat kerajaan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan kesemua reformasi dek kerana sudah melepasi pertengahan penggal lima tahun malah tiada perubahan besar yang telah dibuat.

Jelasnya, jika dilihat dengan pentadbiran terdahulu, mereka berjaya membuktikan bahawa dua reformasi utama dapat diselesaikan hanya dalam tempoh dua tahun.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat