Israel memang negara haram – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak pernah sesekali mengiktiraf Israel sebagai negara dan statusnya adalah haram.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Israel tidak pernah wujud kerana ditubuhkan secara haram tanpa pungutan suara dalam kalangan penduduk Palestin seperti yang dilaksanakan Persekutuan Tanah Melayu sebelum penubuhan Malaysia.

“Malaysia tidak pernah iktiraf Israel jadi Israel memang negara haram.

“Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa plebiscite (pungutan suara) dikalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

“(Bahkan) tidak pernah saya “iya kan” adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya,” tegas beliau dalam kenyataan pada Selasa.

Dr Mahathir sebaliknya menyatakan bahawa Malaysia sentiasa mengiktiraf negara Palestin.

“Sepanjang masa kita iktiraf negara Palestin. Kita terima Duta Palestin.

“Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel.

“Tetapi jikalau Israel iktiraf Palestin, Palestin akan iktiraf Israel. (Jika) Arafat bersetuju. Kita juga setuju.

“Tetapi hingga sekarang, Israel tidak iktiraf Palestin. Hanya iktiraf Palestine Authority (Penguasa Palestin),” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat