Jawapan Anwar kepada wartawan CNN tak salah, itu pendirian “two states solution” – Hassan Karim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia berpegang kepada penyelesaian ” two states solution” hal ini bermakna jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan CNN Richard Quest itu tidaklah salah, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Pun begitu katanya, adalah lebih bijaksana jika Perdana Menteri menjawab bahawa yang ada hak untuk wujud ialah sebuah negara Palestin merdeka.

“Manakala hak untuk mempertahankan diri ialah hak rakyat dan pejuang Palestin bukannya zionis Israel yang menjajah dan menduduki bumi Palestin secara haram,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut wakil rakyat PKR itu lagi, kenyataan Anwar berkenaan negara Israel ketika diwawancara wartawan CNN Richard Quest perlu dilihat dalam konteks pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan Israel secara keseluruhannya.

Tegas Hassan, pendirian Malaysia sehingga kini masih berpegang kepada penyelesaian dua negara atau dalam bahasa Inggeris disebut “two states solution”.

“Pendirian “two states solution ” ini bermakna wujud dua negara Israel dan Palestin yang merdeka.

“Pendirian penyelesaian “two states solution ” ini dipersetujui oleh Presiden Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yizak Rabin dalam Perjanjian Oslo.Perjanjian Oslo tersebut yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Presiden Yasser Arafat yang mengetuai Al-Fattah dan PLO diteruskan hingga sekarang di bawah pimpinan Presiden Palestin Mahmood Abbas dan disokong oleh majoriti negara Arab, negara-negara Islam di dalam OIC termasuklah Malaysia.

“Tetapi Hamas yang menguasai Gaza menolak penyelesaian “two states solution”,” jelas Hassan.

Menurut beliau yang juga pengamal undang-undang itu lagi, pendirian Malaysia yang disuarakan oleh Perdana Menteri di peringkat antarabangsa dan di dalam negeri termasuk di Parlimen Malaysia tetap konsisten.

Kata Hassan, pertama Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel dan perkara kedua, Malaysia tegas mempertahankan hak rakyat Palestin.

“Perkara ketiga pula, Malaysia berusaha secara aktif memperjuangkan kemerdekan negara Palestin dan keempat, Malaysia secara aktif memperjuangkan resolusi supaya Israel disingikirkan daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan terdapat ‘editing’ yang disengajakan ke atas wawancara Anwar dengan wartawan CNN tersebut untuk tujuan mengujudkan persepsi yang salah terhadap pendirian Malaysia.

“Maka adalah tanggungjawab Menteri Komunikasi mengemukakan keseluruhan wawancara tersebut tanpa sebarang editing,” saran Hassan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat