REE: Bekas CEO MBI Kedah didakwa minta suapan RM4 juta

- Advertisement -

ALOR SETAR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan perlombongan nadir bumi (REE).

Tertuduh, Muhamad Sobri Osman, 63 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM4 juta daripada seorang lelaki warga Turki, John Abad Pe di Centara Hotel Hat Yai, di Thailand, pada 20 Mei lalu.

Suapan itu sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd untuk menjalankan usahasama perlombongan REE di Kedah melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat terbabit dan MBI Kedah.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Sobri didakwa menerima suapan berjumlah RM1 juta daripada John Abad Pe melalui Liyana Mamat @ Khalid sebagai dorongan untuk membantu Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usahasama perlombongan REE di Kedah melalui MoU di antara syarikat itu dengan MBI Kedah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan tempat letak kereta Wisma Darul Aman, pada 29 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum mengikut seksyen 24 (1) Akta sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM100,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Januari depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh.

Manakala, tertuduh diwakili peguam Ibrahim Ismail dan Mohammed Zamri Ibrahim.

Sumber

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat