Enakmen Undang-Undang Syariah perlu diperkasakan – Ustaz Idris

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad menyarankan agar enakmen undang-undang syariah perlu diperkasa dan perlu dipertahankan.

Jelasnya, Enakmen ini sudah berjalan 66 tahun dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Menurutnya himpunan yang diadakan pada hari ini adalah hak majoriti orang Islam.

“Jika ada ‘grade area’ antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil perlu pinda insya-Allah pihak Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menyokong,

“Kot-kot hari ini kononnya ada ‘grade area’ lagi, kononnya hak Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah kononnya berlaku pertindihan macam saya dengar ulasan daripada seorang (lawyer) Parti Amanah Negara (PAN),

“Jangan salahkan Mahkamah Syariah ada tindan, Mahkamah Sivil pun ada tindan”, kata Ahli Parlimen Bagan Serai selepas Himpunan menyokong pertahan enakmen undang undang syariah, di Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cadangan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan di bandar-bandar besar, Idris berkata, inilah agenda yang dibawa oleh DAP semenjak dulu lagi, itu jelas.

Sekarang pun mereka duduk dalam Kerajaan, ada kuasa dan mereka juga adalah ‘king maker’ di dalam Pakatan Harapan (PH) sudah pastilah agenda ini akan berterusan.

“Mereka tidak padam agenda dia, mereka tidak pernah lupa agenda ini, macamlah konsep “Malaysian Malaysia” yang tidak mahu sama rata dan masih mereka pertahankan,

“Perikatan Nasional membantah, tidak bersetuju”, tegas beliau.-SUARATV

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat