Agus tiba di IPD Kajang beri keterangan isu video tular

- Advertisement -

KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang jam 2 petang tadi.

Mohammad Agus hadir untuk memberi keterangan berhubung video perbualan membabitkan dirinya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau yang memakai baju kemeja berwarna biru tiba di IPD Kajang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan ditemani peguam, Faizal Abd Rahman.

Terdahulu, media melaporkan Mohammad Agus dijangka hadir di IPD Kajang untuk dirakam percakapan berhubung kes berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dipetik berkata, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani pula akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan terdapat beberapa individu lain juga dijangka dipanggil bagi membantu siasatan kes terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan Polis Selangor menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu termasuk seorang yang mirip Mohammad Agus.

Sebelum itu, rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak Khamis lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan individu berkenaan dikenali umum.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Dakwanya, tindakan itu dipercayai sengaja dilakukan individu tertentu dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya.

Sumber

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat