Separuh Dewan Rakyat kosong, Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir sesi pagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hampir separuh kerusi Dewan Rakyat hari ini tidak berpenghuni apabila Parlimen bersidang hari ini.

Speaker Tan Sri Johari Abdul membangkitkan isu berkenaan ketika sesi pertanyaan menteri pagi tadi.

“Oleh kerana kita dapati ramai Ahli Parlimen tidak hadir, saya akan buka peluang kepada setiap soalan yang dijawab ini, untuk tiga soalan tambahan,” katanya.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa turut bangkit menyelar ketidakhadiran ahli parlimen pembangkang ketika waktu soalan menteri.

“Bukan ramai tidak hadir Speaker, seorang pembangkang pun tidak ada hari ini, nilah perangai pembangkang,” selarnya.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat meminta Ahli Parlimen Tampin bertenang dan tidak memperbesarkan isu berkenaan, sebaliknya beliau sendiri yang akan membuat teguran.

Sebanyak enam soalan dikemukakan ahli parlimen pembangkang yang disenarai dalam aturan urusan mesyuarat tidak dapat kemukakan dan dijawab oleh menteri berkenaan disebabkan ketidakhadiran mereka.

Semua ahli parlimen pembangkang difahamkan berada di Putrajaya bagi menghadiri ‘Himpunan Selamatkan Syariah’ pagi tadi.

Slumber

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat