Zahid Tinggalkan Menara Dato’ Onn, Mesyuarat MKT Tangguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi difahamkan meninggalkan Menara Dato’ Onn pada jam 3.19 petang selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik UMNO.

Meskipun wartawan dan jurugambar berkumpul di lobi sejak jam 11. 30 pagi lagi, namun Presiden UMNO itu memilih untuk tidak berhadapan dengan para pemberita yang ternanti-nanti bagi mendapatkan reaksi beliau.

Menurut laporan MalaysiaGazette,
Pengerusi BN itu dilihat meninggalkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard putih.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada 3 petang ini juga ditangguhkan.

Kebanyakan ahli MKT antara Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Noh Omar juga telah meninggalkan Menara Dato’ Onn.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat