UMNO Bukit Bintang Laung Undur Zahid, Tolak Kerjasama Dengan PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli UMNO bahagian Bukit Bintang hari ini mengadakan protes bagi mendesak Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.

Seramai kira-kira lapan orang dari bahagian sama meluangkan “undur Zahid” “tolak Anwar” dan “tolak DAP” di lobi Menara Dato’ Onn, ibu negara.

Desakan meminta Zahid berundur berikutan kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang hanya memenangi 30 buah kerusi sahaja.

Pada PRU-14, UMNO menang di 54 kerusi Parlimen.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU-14 yang lalu, tewas dan beralih ke Perikatan Nasional (PN).

Jurucakap kumpulan berkenaan, Datuk Seri Dzulkarnain Taib, UMNO Bukit Bintang menggesa agar Zahid dapat berundur secara terhormat seperti yang dilakukan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-14.

Malah, UMNO Bukit Bintang juga menolak sebarang kerjasama politik bersama Pakatan Harapan (PH) kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti DAP..

“Kami mendesak agar Zahid dapat lakukan seperti yang pernah dilakukan Datuk Seri Najib Razak selepas kekalahan BN pada PRU-14.

“Kami juga ingin mempersoalkan kenapa agenda peribadi di bawa ke dalam parti.

” Agenda peribadi seperti akan bergabung dengan PH. Kami akar umbi yang bekerja untuk BN tidak akan sesekali menerimanya. No Anwar, no DAP,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat