Isham Ganti Shahril Jadi Ketua Penerangan Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno melantik Isham Jalil mengisi jawatan Ketua Penerangan parti selepas Shahril Sufian Hamdan mengosongkan jawatan itu hari ini.

Pengesahan lantikan Ketua Penerangan Umno yang baru itu dibuat Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan Twitternya.

“Saya ingin sahkan bahawa menurut Fasal 0.6 Perlembagaan Umno, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melantik Isham sebagai Ketua Penerangan Umno berkuatkuasa 20 November 2022, berikutan peletakan jawatan Shahril pada hari ini.

“Terima kasih atas khidmat yang telah diberi, Shahril,” ucap Ahmad.

Sementara itu, Isham yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memaklumkan beliau telah dihubungi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Umno memaklumkan berkenaan pengisian kekosongan jawatan itu.

“Saya telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno berkuatkuasa hari ini. Surat rasmi telah pun ditandatangani oleh kepimpinan parti.

“Terima kasih atas kepercayaan parti terhadap saya, amanah ini akan dipegang sebaiknya,” ujar Isham lagi.

Shahril mengumumkan melepaskan jawatan Ketua Penerangan Umno kerana memegang konsep “collective responsibility” susulan kekalahan teruk Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau malah mendesak Zahid selaku pemimpin nombor satu juga berundur secara terhormat sebagai mengambil tanggunjawab atas kekalahan berkenaan.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat