Zahid perlu segera letak jawatan – Nazri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab penuh atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan segera meletak jawatan, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan, Zahid perlu meletak jawatan seperti mana dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selepas PRU14.

“Jangan banyak alasan, ini prestasi paling buruk untuk UMNO dan BN, Zahid perlu bertanggungjawab dan segera letak jawatan.

“Tidak perlu banyak alasan, ini suara rakyat yang jelas tidak boleh menerima beliau (Zahid) sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

“Berjiwa besarlah dan ketepikan kepentingan peribadi, dahulukan parti dengan meletak jawatan,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Dalam keputusan PRU15 yang diumumkan sehingga awal pagi tadi BN dilaporkan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU14.

Pada PRU14, UMNO menang di 54 kerusi Parlimen.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa kerusi yang dimenangi UMNO dalam PRU14 lalu, tewas dan beralih ke Perikatan Nasional (PN).

Selain Mohamed Nazri, beberapa pemimpin UMNO yang lain antaranya Tan Sri Noh Omar, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan turut membuat gesaan yang sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat