Jalaluddin MP BN pertama isytihar sokong Muhyiddin PM-10

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang pertama isytihar secara terbuka menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Jalaluddin bertindak sedemikian demi memastikan rakyat dan negara terus stabil dan makmur.

“Secara terbuka, saya mengambil sikap berjiwa besar dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri atas kerangka bahawa Perikatan Nasional (PN) memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan (PH).

“Kerangka pemikiran ini adalah atas prinsip saya untuk memastikan rakyat dan negara ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur sepertimana yang parti saya perjuangkan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tegas ahli Parlimen Jelebu itu lagi, asas utama penolakan terhadap PH ini adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara semasa 22 bulan diperintah mereka pada PRU14 lalu.

“Perkara ini sewajarnya menjadi ‘collective responsibility’ dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat BN, Perikatan Nasional (PN), Pejuang, GPS, GRS, Bebas dan lain-lain,” seru beliau.

Dalam pada itu, ujar beliau BN menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini dengan penuh kematangan dan keputusan BN yang hanya mampu menang di 30 kawasan Parlimen.

“Dalam situasi ini, tiada satu parti pun yang beroleh majoriti mudah kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

“Namun demikian, kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara ini harus diteruskan dengan dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil dan berpengalaman.

“Berpaksikan ‘track record’, saya berprinsip bahawa kita harus membentuk sebuah ‘unity government’ tanpa PH untuk menerajui Kerajaan Malaysia pasca PRU15 ini,” kata Jalaluddin.

Terdahulu Suara.TV melaporkan seramai 20 ahli Parlimen BN yang menang dalam PRU15 menyatakan kesediaan untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-10 yang bakal mengangkat sumpah esok, Isnin 21 November 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat