GPS Setuju Bentuk Kerajaan Bersama PN, BN Dan GRS

- Advertisement -

Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk membentuk gabungan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg menjelaskan, persetujuan itu dibuat demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara.

Premier Sarawak itu memaklumkan, sebuah kerajaan yang stabil dan kuat harus lah dibentuk dengan kadar yang segera.

“Dengan itu, GPS telah mengambil keputusan dan tindakan tersebut di bawah demi untuk mengukuh dan menstabilkan Negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GPS menggariskan empat asas untuk membentuk kerajaan dengan gabungan PN, BN, GPS dan GRS iaitu menegakkan keluhuran perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC.

Selain itu, asas itu juga termasuk menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC.

Dua lagi asas antaranya, autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan serta perkara-perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat