MB Johor desak Zahid letak jawatan segera

- Advertisement -

KUANTAN- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dengan kadar segera.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengemukakan cadangan itu supaya Umno dapat dipulihkan dan kuatkan semula parti Melayu itu.

Onn Hafiz yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor berkata, usaha untuk memulih dan memperbaiki parti itu perlu bermula sekarang.

“Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang.

“Oleh itu, dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak telah berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai presiden pada 2018.

“InsyaAllah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti Umno yang kita semua cintai ini,” desak beliau dalam kenyataan pada Ahad

Beliau berkata demikian susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang jelas menunjukkan penolakan rakyat terhadap Umno.

“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak Umno. Umno telah rebah.

“Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya menang 9 kerusi Parlimen di Johor sementara itu, kita tidak memenangi satu pun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu.

“Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin Umno termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa PRU15 semalam,” ujar Onn Hafiz lagi.

Bahkan menurut beliau lagi, ramai pemimpin Umno, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.

“Kita semua perlu berani membuat perubahan kearah kebaikan demi masa depan parti ini.

“Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan InsyaAllah, perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” cadang beliau.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat