Muhyiddin jumpa PAS, GPS runding bentuk kerajaan

- Advertisement -

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) memulakan gerakan rundingan kerusi dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai usaha membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pagi tadi dikunjungi Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di ibu negara.

“Pagi ini saya menerima kunjungan Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.

“Insyallah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” ujar Presiden Bersatu itu dalam kenyataan di Facebooknya pada Ahad.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PN (51); PAS (22); GPS (22); GRS (6); BN (30); PH (76); Warisan (3); Bebas (2); MUDA (1); PBM (1); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1).- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat