20 Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Jadi PM-10

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 20 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyatakan kesediaan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 yang bakal mengangkat sumpah esok, Isnin 21 November 2022.

Sumber memberitahu Suara.TV bahawa 20 daripada 30 ahli Parlimen BN yang menang itu sedia untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Presiden Bersatu itu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan pasca PRU15.

Difahamkan tindakan 20 ahli Parlimen BN berkenaan bertindak sedemikian kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang giat mengatur gerak dalam rundingan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikemudi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Akta Anti Lompat Parti yang digazetkan kerajaan sebelum ini tidak menghalang ahli Parlimen memberi sokongan kepada calon Perdana Menteri dari parti lain.

Terdahulu, dilaporkan sekumpulan ahli Umno Bahagian Bukit Bintang mengadakan protes mendesak Zahid melepaskan jawatan serta menolak sebarang kerjasama bersama PH kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti DAP.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat