Tak ada lagi label kafir, ahli neraka jika PAS sertai Kerajaan Perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyindir PAS dengan menyenaraikan beberapa ‘kebaikan’ sekiranya parti Islam itu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Menurut Asyraf penyertaan PAS dalam komponen Kerajaan Perpaduan pastinya akan menurunkan suhu politik negara yang memberikan manfaat kepada rakyat bagi membolehkan fokus utama kepada soal memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat kerana tiada lagi politik fitnah, politik tohmah, politik adu-domba yang merugikan dan memudaratkan.

Banyak kebaikan sebenarnya jika PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, antaranya tiada lagi fatwa atau ceramah daripada pimpinan dan pendokong PAS yang meng’kafir’kan atau menyesatkan mana-mana pihak terutmanya terhadap parti yang berbeza ideologi dengan mereka.

“Tiada lagi isu ‘Islam terancam’ dan ‘Melayu Terancam’ sebagaimana yang sering disebarkan dalam pelbagai media dan pentas ceramah.

“DAP sekali lagi akan disucikan dengan fatwa-fatwa baharu sebagaimana ketika mereka bersama dalam gabungan untuk hadapi PRU tahun 1999, 2004 dan 2008.

“Bahkan, Umno akan kembali dibersihkan dan tiada lagi kata nista, label-label seperti ‘sesat’, ‘kafir’, ‘ahli neraka’, ‘munafik’ dan pelbagai lagi gelaran yang dikaitkan dengan binatang apabila sudah kembali menjadi rakan sebagaimana pengalaman 22 bulan dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan Penyatuan Ummah,”jelas Asyraf.

Bahkan ujarnya, tiada lagi istilah Malaysia menuju negara sekular kerana bersekongkol dengan parti DAP yang dilabelkan ‘kafir’ dan sekular.

“Tiada lagi parti dalam Kerajaan Perpaduan terutamanya yang mempunyai orang Melayu Islam seperti Umno, Amanah dan PKR yang akan dilabel ‘barua DAP’, ‘penjilat DAP’ atau label-label ‘kafir’, ‘toghut’ dan sebagainya apabila PAS sertai Kerajaan Perpaduan.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali dijulang PAS sebagai pemimpin Islam yang suci dan bersih sebagaimana waktu PRU ke-10, ke-11 dan ke-12 dahulu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat