PH tak mahu Tengku Zafrul rampas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly di arah pertahan kerusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan pimpinan Amanah mahu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempertahankan Parlimen Kuala Selangor daripada ‘dirampas’ calon Umno, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan sebelum ini pimpinan PH dan Amanah mengizinkan Dr Dzulkefly berundur untuk memberi laluan kepada calon lebih muda tetapi apabila desas-desus Umno meletakkan Tengku Zafrul maka mereka bertukar fikiran dan mahukan Parlimen Kuala Selangor terus dipertahankan oleh penyandangnya.

“Kami mengambil maklum hasrat dan niat baik Dr Dzulkefly untuk memberi laluan kepada calon yang lebih muda dari beliau dalam pilihan raya umum kali ini.

“Beliau sudah lama menyebut perkara ini kepada pimpinan parti. Kami pun memberi isyarat awal untuk mengizinkannya.

“Tetapi, setelah Umno mahu meletakkan Tengku Zafrul, bekas Menteri Kewangan sebagai calon mereka di Parlimen Kuala Selangor, kami pimpinan Amanah dan juga PH mahu Dr Dzulkefly bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor ini sekali lagi,” tegas Salahuddin dalam kenyataan pada Khamis.

Hak ini kerana, katanya bagi PH, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini adalah sangat kritikal dan serius.

Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh Pakatan Harapan, tegas Salahuddin.

“Kami yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja buat beliau selama ini. Rakyat Kuala Selangor tahu kegigihan beliau membantu rakyat, di samping tugasan beliau di peringkat negeri Selangor (STFC dan lain-lain) dan juga sebagai menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu.

“Saya mendoakan kejayaan beliau untuk pilihan raya kali ini dan kita sama-sama sekali lagi melaksanakan amanah rakyat untuk negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat