iPad Pro M2 diperkenalkan

- Advertisement -

Apple hari ini mengumumkan pelancaran variasi baharu untuk barisan iPad Pro mereka dengan cip pemproses M2 sekali gus menggantikan generasi terdahulu yang menggunakan cip M1.

Menerusi pengenalan iPad Pro baharu berkenaan, Apple turut memperkenalkan ciri baharu untuk Apple Pencil yang menawarkan pengalaman ultra pantas menerusi sambungan tanpa wayar.

Pada masa sama, iPad Pro kali ini turut didatangkan dengan paparan termaju dalam kelasnya bersama kamera pro, FaceID, sambungan Thunderbold dan sistem empat audio.

Kemaskini sistem operasi iPadOS 16 juga turut didatangkan dengan ‘stage manager’ bersama sokongan penuh paparan tambahan, aplikasi berkelas desktop dan ‘reference mode’ untuk memastikan penggunaan iPad Pro variasi baharu ini lebih baik khusus untuk pengguna.

Pengguna boleh melakukan pra tempahan untuk variasi iPad Pro bermula hari ini dan akan berada di kedai rasmi bermula 26 Oktober ini.

Bagi padanan cip baharu iaitu M2, ia menawarkan kuasa prestasi 15 peratus lebih pantas daripada M1 termasuk penawaran kuasa efisien untuk kuasa teras dan unit pemproses grafik (GPU).

Cip Apple M2 ini menawarkan kuasa lebih 35 peratus bagi prestasi GPU bersama 16 teras Enjin Neural yang boleh melakukan proses 15.8 trilion operasi sesaat.

Keupayaan itu memberikan kuasa 40 peratus lebih baik daripada M1 dan menjadikan iPad Pro lebih berkuasa setanding dengan perkakas konvensional yang lain.

Sesuai dengan keupayaan tinggi berkenaan, iPad Pro baharu ini menyokong sehingga 16GB memori disatukan (unified memory) untuk memberi pengalaman licin tanpa sebarang masalah.

Ramai dalam kalangan pengguna iPad Pro pada hari ini menggunakan perkakas pintar berkenaan untuk pemproses kompleks seperti sintesis objek tiga dimensi (3D) sehingga kepada golongan profesional dalam bidang perubatan.

Keupayaan iPad Pro itu dipertingkatkan lagi dengan padanan spesifikasi baharu ini dan membolehkan proses ProRes video dilaksanakan tiga kali lebih pantas dan menghasilkan video bertaraf profesional hanya menggunakan iPad Pro berkenaan.

Apple juga memperkenalkan ciri baharu untuk Apple Pencil generasi kedua apabila ia mampu mengesan sehingga 12 milimeter (mm) di atas paparan dan ketepatan yang lebih baik.

Untuk iPad Pro 11 inci dan 12.9 inci ditawarkan dengan dua warna iaitu ‘silver’ dan ‘space grey’ bersama pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB, 1TB dan 2TB.

Tanda harga untuk iPad Pro 11 inci bagi model WiFi bermula RM3,899 manakala untuk selular adalah RM4,649.

Bagi iPad Pro 12.9 inci pula harga untuk model WiFi bermula RM5,399 manakala untuk selular adalah RM6,149 serta pengguna boleh membeli Apple Pencil (Generasi Kedua) adalah RM599.

Untuk Smart Keyboard Folio bagi iPad Pro adalah RM899 bagi variasi 11 inci manakala untuk variasi 12.9 inci adalah RM999.

#kw iPad Pro, Apple, iPadOS

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat