Parlimen Mersing: Alwiyah calon PN, Syukri calon BN?

- Advertisement -

MERSING –  Daerah Mersing yang terkenal sebagai pintu masuk ke rangkaian pulau indah dengan jolokan ‘Maldives of Malaysia’ bukan sahaja mempunya potensi besar untuk dibangunkan malah kini mungkin mendapat muka baharu sebagai Ahli Parlimennya.

Ini berikutan pengumuman  Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad  mengenai kesediaan beliau memberi laluan kepada muka setelah memegang jawatan tersebut selama lima penggal sejak 1999.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu Abdul Latif telah menang atas tiket Barisan Nasional (BN), namun meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu.  Menurut Latiff, telah tiba masanya untuk menonjolkan pemimpin baharu yang bersedia dan bertenaga untuk memberi khidmat di kawasan itu.

Berikutan keputusan PRU Johor ke-15, BN dijangka berhadapan dengan cabaran serius untuk mengekalkan Parlimen Mersing yang mempunyai hampir 70 ribu orang pengundi .

BN hanya mampu mengekalkan satu daripada dua kerusi DUN yang dimenangi sebelum dalam PRU-14. BN menang di N.33 Tenggaroh dan kalah di N.32 DUN Endau.

Calon BN, Raven Kumar hanya menang dengan majoriti 1,356 undi (10,528 undi) menewaskkan calon Perikatan Nasional (9,172 undi). Manakaladi Endau, calon PN, Alwiyah Talib telah menumpaskan calon BN, Mohd Youzaimi Md Yusof (BN). Mohd Youzaimi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Mersing tewas kepada Alwiyah dengan majoriti 3,041 undi. Alwiyah mendapat 8,433 undi, manakala Youzaimi mendapat 5,392 undi.

Pakatan Harapan hilang wang pertaruhan di kedua-dua DUN.

Alwiyah Calon Perikatan Nasional
PN dijangka meletakkan Adun Endau, Alwiyah Talib sebagai calon Parlimen Mersing sekiranya Abdul Latiff benar-benar mengundur diri. Dengan jumlah majoriti yang tinggi di Dun Endau, Alwiyah mempunyai peluang lebih baik untuk menang di Parlimen Mersing.
Kemenangan Alwiyah ke atasa Ketua Umno bahagian juga memberi tamparan kepada BN untuk mencari calon popular lain bagi memberi saingan kepada PN.
Calon Barisan Nasional
Antara nama-nama calon BN yang mungkin dipertimbangkan ialah Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Tarmizi Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Mersing, Malatimah Binti Hj. Bandi dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing Rina Farhana Abdullah.

Turut mendapat perhatian kepimpinan Umno negeri dan Pusat ialah Muhammad Syukri Ibrahim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Dr Adham Baba.

Syukri merupakan Presiden Ikatan Anak Mersing (IAM), juga merupakan ahli UMNO bahagian  Mersing, banyak melaksanakan program-program komuniti sejak dua tahun lalu.

Baru-baru ini Syukri menganjurkan program Mersing Fun Run 2022 yang menarik penyertaan lebih 1000 orang anak muda di Mersing. Syukri juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Inovasi Malaysia. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat