Larang pengundi bawa masuk telefon bimbit, kekang rasuah – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan saranan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi bagi mengelakkan gejala rasuah.

Bekas Perdana Menteri itu menggesa SPR mengetatkan prosedur pengundian di mana beliau mendakwa telefon bimbit boleh mengundang kebocoran rahsia pengundi.

“Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya. Tetapi SPR enggan mendengar teguran berkenaan kelemahan ini.

“Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya. Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi. Parti boleh guna maklumat untuk sogokan,” dakwa beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dr Mahathir mengingatkan kepada SPR bahawa pengundi boleh menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkahnya kepada parti politik untuk mendapat habuan.

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang.

“Tidak bolehkah Suruhanjaya Pilihan Raya tegah membawa telefon bimbit semasa mengundi? Dan banyaklah lagi kelemahan pilihan raya yang perlu diperbaiki oleh SPR sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat