Dua Beradik Didakwa Bunuh Anggota Rela

- Advertisement -

PETALING JAYA – Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan unit sebuah rumah pangsapuri di Petaling Jaya pada 8 Oktober lalu.

Kedua-dua tertuduh, R. Shugenthiran, 26, dan R. Mahendran, 24, mengangguk faham apabila kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana ia melibatkan kes bunuh.

Kedua-dua didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gursharonjit Kaur.

Pada 9 Oktober lalu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di Kota Damansara berhubung kes itu.

Semalam, polis menahan seorang daripada tertuduh yang dipercayai terbabit kes pukul anggota badan beruniform itu hingga maut bagi membantu siasatan kematian anggota Rela yang didakwa dipukul menggunakan topi keledar dan kayu selepas menegur dua lelaki yang dalam keadaan mabuk di sebuah flat.

Kejadian dilapor berlaku pada 9.15 malam, 8 Oktober lalu ketika mangsa menaiki lif bersama kedua-dua suspek dan dikejar hingga hadapan rumah sebelum dipukul selepas menegur suspek kerana mabuk. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat