Majlis Perbandaran Subang Jaya Diistihar Majlis Bandaraya Subang Jaya

- Advertisement -

SUBANG JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahudddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah mengistiharkan bahawa Majlis Perbandaran Subang Jaya akan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuatkuasa pada hari ini, 20 Oktober 2020.

Memetik kenyataan media Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan melalui Subseksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan, 1976, TPr. Hajah Noraini Roslan telah dilantik selaku Datuk Bandar Subang Jaya berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Menurutnya beliau lagi, kerajaan negeri merafak sembah takzim dan menjunjunjung kasih DYMM Sultan Selangor di atas perkenan yang telah diberikan.

“Semoga dengan pemasyuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan diterus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia,

“Cita-cita ini akan digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat