Ahli politik dinasihat utamakan rakyat, sebelum dibenci-Mufti Perlis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli politik diingatkan untuk kembali mengutamakan kesejahteraan rakyat sebelum dibenci.

Nasihat itu diutarakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menggesa ahli politik untuk mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-LP19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pendemik ini (Covid-19).

“Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan telah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taksub kepada satu-satu parti poliltik atau pemimpin sahaja,” katanya memetik laporan Bernama.

Jelas Mohd Asri, asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak Covid-19.

Justeru menurut beliau, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat