Malaysia dituduh sebagai “Tapak Operasi Hamas” Selepas Kenyataan Anwar Mengenai Israel

Malaysia Dikaitkan Dengan Hamas

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian antarabangsa apabila kenyataannya mengenai Israel dibalas dengan kritikan oleh penganalisis Amerika Syarikat, Dr. Jonathan Schanzer.

Dalam satu ciapan di platform X, Anwar menulis:

“Cukup sudah. Dunia sudah letih dengan kecaman kosong. Masanya telah tiba untuk tindakan tegas dan konkrit. Hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel mesti diputuskan.”

Kenyataan itu mendapat respons daripada Schanzer yang mendakwa Malaysia merupakan salah satu “pusat operasi untuk Hamas.” Tuduhan tersebut mencetuskan perdebatan kerana Hamas disenaraikan sebagai kumpulan militan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Dr. Jonathan Schanzer ialah Naib Presiden Kanan Penyelidikan di Foundation for Defense of Democracies (FDD), sebuah badan pemikir berpangkalan di Washington yang menumpukan kajian mengenai dasar luar, keselamatan antarabangsa dan anti-keganasan.

Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat sebagai penganalisis pembiayaan anti-keganasan, selain menulis buku termasuk Hamas vs Fatah: The Struggle for Palestine.

Kenyataan Schanzer berpotensi memberi kesan terhadap imej Malaysia di peringkat antarabangsa, terutamanya apabila negara ini secara konsisten menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat