X570 Godlike, papan induk kelas prestasi

- Advertisement -

Pemilihan papan induk untuk pembinaan sebuah desktop kelas permainan sangat penting kerana ia akan membezakan keupayaan untuk talaan prestasi terutamanya frekuensi sokongan memori (RAM).

Trend pengguna hari ini pula lebih terarah kepada penggunaan pemproses keluaran AMD daripada siri Ryzen yang lebih menawarkan kuasa prestasi khusus untuk permainan.

Selain itu, untuk papan induk kelas premium, ia mengandungi slot storan daripada jenis M.2 PCIe NVMe yang lebih banyak berbanding papan induk kelas biasa.

Bagi papan induk keluaran MSI, terdapat tiga variasi produk utama iaitu untuk kelas premium aras tinggi, MSI mempunyai papan induk MEG X570 Godlike, seterusnya Ace dan Unify.

Ketiga-tiga variasi berkenaan adalah barisan papan induk kelas premium dan mempunyai beberapa kelainan daripada aspek ciri khususnya.

MSI MEG X570 Godlike sememangnya direka khusus untuk ‘gamers’, penyedia kandungan dan penstriman termasuk keupayaan sokongan ‘Super LAN’ sehingga 10G.

Menyentuh spesifikasinya, papan induk ini menyokong generasi Ryzen daripada siri 5000 sehingga kepada generasi kedua, ketiga dan siri 4000 G yang menggunakan soket AM4.

Bagi sokongan memori (RAM) pula, ia mampu sehingga talaan prestasi 5000MHz bersama-sama dengan tiga slot sokongan Gen4x4 M.2 bersama teknologi penyejukan ‘Shield Frozr’.

MEG X570 Godlike ini juga menyokong sambungan Internet tanpa wayar (WiFi) Generasi Keenam (WiFi 6) bagi kestabilan sambungan tanpa gangguan.

Ia juga didatangkan dengan sistem penyejukan permukaan papan induk untuk mengekalkan suhu perkakas pada tahap minimum.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat