Cantik dan manis Daiyan Trisha berhijab, tapi…

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Perkongsian penyanyi Daiyan Trisha, 27, menerusi sebuah gambarnya berhijab mencuri perhatian ramai sekali gus tertanya sama ada dia sudah berhijrah.

Bagaimanapun, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menjelaskan penampilan itu hanya untuk sebuah sesi fotografi dan berterima kasih atas doa baik-baik ramai.

“Ini adalah daripada sebuah penggambaran. Saya masih belum berhijrah tapi terima kasih untuk doanya,” katanya.

Gambar dimuat naik menerusi Instagram itu mendapat lebih 178,000 tanda suka. Malah, Daiyan turut meletakkan kapsyen ‘bismillah assalamualaikum’ pada hantaran berkenaan.

Rata-rata pengikutnya yang meningalkan komen tumpang gembira dengan hantaran itu. Mereka memuji Daiyan kelihatan cantik mengenakan hijab.

Tidak kurang, ada juga yang turut bertanya penampilan terbabit adalah untuk projek apa.

Baru-baru ini, Daiyan melancarkan lagu baharunya berjudul Penat. Single itu mendapat sambutan hebat berikutan melodi serta liriknya sangat menyentuh.

Menurutnya, lagu Penat dihasilkan selepas dia patah hati dan merasa penat dengan banyak perkara.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat