Saya Rasa Pinggang Macam Dah Nak Patah Kata Najib

- Advertisement -

Papar – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akan tetap membantu jentera Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan dengan jadual yang padat.

“Saya rasa dah macam berkempen hingga ke hujung dunia, dari pagi hingga petang (bantu jentera kempen) sampai pinggang pun rasa macam nak patah.

“Walau apapun berlaku ia harus diteruskan demi memastikan kemenangan calon-calon dari Barisan Nasional,” katanya ketika berucap di sini sebentar tadi.

Menurut Najib kegagalan urus tadbir oleh kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) telah menyebabkan rakyat semakin sedar akan kesilapan yang dilakukan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Kalau dulu buat silap (undi Warisan) kita boleh tebus kesilapan tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada kali ini.

“Dahulu ketika kalah BN, ramai yang rasa tertekan malah ada yang nak pakai baju BN pun rasa malu, tidak kurang juga ada orang yang melihat kapal BN akan karam, hingga menyebabkan ramai yang lompat.

“Namun akhirnya lepas 22 bulan kerajaan Warisan tumbang kerana asas kemenangan mereka ialah tipu. Mereka ini buyuk (tipu) rakyat, disebabkan selalu buyuk kerajaan mereka tidak ada berkah dan akhirnya Warisan tumbang,” katanya lagi.

Najib seterusnya berkongsi pengalaman beliau di datangi pelbagai lapisan masyarakat yang menzahirkan rasa bersalah kerana mengundi Pakatan Harapan (PH).

Menurut Najib, mereka yang datang itu memohon maaf kepada beliau kerana tertipu dengan propaganda yang di mainkan PH ketika pilihan raya yang lepas. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat