KUALA LUMPUR – Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan niat asalnya terjun ke dalam dunia politik bukan untuk hidup senang lenang dengan jawatan.
Ketua Pemuda Umno itu memberitahu wawasan hidup beliau dalam politik adalah mengangkat suara rakyat untuk didengarkan.
“Saya boleh pilih untuk hidup senang lenang dengan jawatan, tetapi itu bukan niat saya untuk masuk dunia ini.
“Saya di sini kerana mereka di bawah yang mengangkat dengan penuh harapan bahawa suara mereka didengar.
“Maka saya pilih mereka (rakyat) berbanding dengan kesenangan,” jelas beliau.



