Rafizi nafi serangan terkait Ismail Sabri, KJ tapi jumpa pemberi maklumat bersabit skandal Farhash

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli menyangkal cubaan jahat mengalihkan perhatian kononnya serangan ke atas anak lelaki tunggalnya terkait dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya Rafizi mengesahkan seminggu sebelum serangan, beliau ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya.

“Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian. Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu?

“Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa. Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti.

“Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar. Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara.

“Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar,” tegas Rafizi.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu mendedahkan, maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Anwar dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya.

Justeru jelas beliau, serangan itu tidak ada kena mengena dengan Ismail Sabri mahupun Khairy atau mana-mana ahli politik lain.

“Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan.

“Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian.

“Saya telah berhubung dengan Ismail Sabri dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini,” ujar bekas Menteri Ekonomi itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat