Lima remaja nafi guna perkataan mencela terhadap Zara Qairina, dibenar ikat jamin RM5,000

KUALA LUMPUR – Lima remaja yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak, di Kota Kinabalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina Mahathir.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, semua tertuduh dibenar ikat jamin RM5,000 serta seorang penjamin dengan RM1,000 sebagai deposit.

“Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula. Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya, lapor Harian Metro di Sabah pada Rabu.

Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima tertuduh mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada jam 10 hingga 11 malam, 15 Julai 2025.

Katanya, hanya perkara itu yang boleh didedahkan, manakala perkara lain yang berkaitan dengan prosiding tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan dikeluarkan mahkamah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat